September 21, 2013

EXAM!




Assalamualaikum

Okay, hari ni saya akan menyatakan bahawa minggu depan saya exam. hahahahahaha *flip table* Jadi ini jadual seram saya;

26.9 math 27.9 elc 30.9 phy 2.10 chm 3.10 ctu 7.10 bio 

Untuk masa terdekat ni, saya sedang ber'SPARTA' macam orang gila. Okay, tipu. Sampai mana mampu jelah. Nak jadi ceritanya, saya baru faham serba sedikit benda yang saya belajar selama ini wahaha. Ini adalah cerita sedih wahai semua. Tapi sekurang-kurangnya saya faham. Apa-apa jelah. Kepada kawan-kawan saya yang nun jauh dan lama tak jumpa, tolong doakan untuk saya okay. Rindu kalian semua. huhu. Btw, korang sentiasa ada dalam doa saya ihiks, kay gedik. Dan lagi satu, pelajar asasi tidak dibenarkan fail satu subjek pun. Kalau tak, pack your things. Pray for me, please.

Saya tak sabar nak cuti. Tak sabar nak balik. Tak sabar nak ada masa privasi saya. Tak sabar nak jumpa kawan lama. Jadi kerana itu, saya akan cuba sedaya upaya saya untuk menghabiskan exam ini dengan jayanya. Yosh!!

So that's it people. chow~
Wasalam

September 15, 2013

The next day



Assalamualaikum semua!! Saya nak bagitau yang bulan ni adalah bulan yang paling kena jaga segala perkara. Hmmm. Semua ni sebab si test 2 yang menyibuk dan dan juga exam *goosebump* Nak jadi ceritanya, pihak asasi sudah kemukakan seribu orang pelajar yang wajar ditendang keluar dari terus mengikuti program asasi ini. Sedih kan?? Saya rasa nak nangis je...isk..isk..srott..srott. okay *baling selipar* Apa-apa jelah. Kalau ada rezeki dapat terus kat asasi, kalau tak hmmm. Sekurang-kurangnya dah berusaha. Umi pun cakap "just try your best". I will umi, for you! :') 

Kemudian, saya sudah sepenuhnya melaksanakan segala kerja saya sebagai seorang budak asasi. Yeay! Tepuk sikit~ haha. I feel so alive! walaupun suka duka harus kuharungi macam nak gila tapi akhirnya, sampai juga gua ke episod akhir wahaha. Jutaan terima kasih juga kepada penaja saya bla bla bla. *flip meja* 

Lagi satu mengenai orang disekeliling saya. Saya tak pasti sama ada saya ni teruk atau orang lain teruk. Seolah-olah ada satu penghalang antara kami. Ada sorang tu sampai membuatkan saya terasa sangat amat dahsyat *hah kau* sampai saya rasa bimbang nak kawan dengan dia. Takut nafsu amarah menguasai diri dan kebaboom! ehehe. Sedangkan Rasulullah ada had kesabaran dia, apalagi saya. Saya minta maaf kalau memang salah saya, tapi tolong jangan buat saya buat macam apa yang mu buat. As if she'll read this thing. What ever. Terima kasih.
wasalam.

Anda boleh jatuhkan saya tapi saya akan bangkit lebih tinggi dan jatuhkan anda lagi dalam.