October 19, 2014

Minggu padat


Assalamualaikum,

Saya sedang menghadapi minggu padat sedunia. Phew.  Even syafiqah, rumet sendiri pun susah nak jumpa. Dia balik saya tidur, saya balik dia tidur. Tabah ye Ainul. 4 tahun je insyaAllah. Maybe the suffer last for only 1 sem or less act. Tapi sedih pulak. Tak dapat jumpa syafiqah. Hmm. Isk isk. Semoga syafiqah dikelilingi orang orang yang baik. Amin

Hari minggu je aku sebak. Hari minggu je aku sebak. Aku nak buat kerja, masa tula pemadam nak hilang, masa tu la ngantuk, masa tu la masa tu la. Dan aku perasan ini semua bukan alasan. Apa da..
Lepas tu, kelas kitorang mungkin tak ngam lagi, so macam hmm. Lepas tu ada la tegang sikit. Yang saya rasa takdelah perkara besar actually. Saya cuma anggap yang kawan saya menghadapi pms, so macam emosi tak stabil. Causing the apologizing sad isk isk srot srot moment. Am I being mean? Sebab aku nak gelak act. Orang lain tak nampak benda ni isu tau. So kebarangkalian memang bukan isu pun act. Cuba jelah paham situasi ni.

Lepas tu, saya perasan, budak laki tak act like boys. If things get tense, they will jokingly say something funny and hilarious supaya takdelah tegang sangat sambil melegakan orang yang mengahadapi emosi tak stabil ni. Ni tak. Senyap. Lepas tu certain macam buat karangan minta maaf. Like ergh. Mungkin ini situasi yang aku akan hadapi. Mungkin ini situasi yang terbaik untuk aku. Positif.

Saya rasa sampai malas nak layan actually. Too much emotion. Tapi tu kawan saya. Jadi, as a good friend, I console her. I don’t blame her act, sebab saya paham perasaan emosi tak stabil ni. Tapi yang lain nak emo jugak kenapa. Ergh. Nyampah. Kat sini jelah saya boleh bagitau. My family malas nak dengar sebab memang remeh pun. Haha. So, here I am telling you guys what happen.
Sekarang macam tense je. Tapi dah okey kut.

Dalam sudut hati saya, saya rasa saya nak kerja sensorang je lepas ni. Too much motion, sampai aku rasa aku jadi negatif. Tapi…aku sayang dorang.


btw ptptn saya dah lulus. InsyaAllah cukup untuk bayar yuran je haha. And aku nak jadikan dia pinjaman boleh ubah yosh. And I still need to do my work isk isk so gebyee. 



October 5, 2014

yang tak datang kali kedua




Assalamualaikum,

Aku nak tulis pasal throwback sebenarnya. Aku teringat tu, aku teringat ni. Aku suka masa aku ketinggalan, kolot, tak kisah apa yang berlaku. Mungkin ada pro cons dia duhhh, tapi aku jadi diri aku masa tu. I didnt have that inspiration of how to dress up, what to love. My only inspiration is myself and my family. And the only thing I'm freaking out is when I didnt get pencil colours. And I actually start to save some money to buy it.

Sejak kecil aku suka jaga barang aku. Aku sayang semua barang aku. Baju aku tak kisah. Tudung aku pakai satu je. yelah pakai sekali sekala. dah insaf kay. Masa tu aku tak kisah. Sepupu aku masa tu pakai fancy, aku nampak macam budak kampung. Bukannya tak mampu, tapi aku memang tak tahu nak pilih. Dulu dorang pandang rendah kat aku. (Bila PMR aku dapat 9A, baru dorang start cakap dengan aku). Aku tak kisah masa tu. Aku suka semua benda yang umi bagi aku. Sebab umi memahami aku and of course la sebab sayang seorang ibu. No doubt.

Umi cakap aku dulu susah nak putus asa. Jatuh basikal banyak kali, tapi dalam satu hari dah boleh kayuh (tak tahula benda tu biasa je tapi bagi aku hebatla). Umi suruh aku jagakan abang dan adik aku masa kat sekolah hira'. Aku pun angkuh dulu sebab macam bijak sikitla. Umi selalu marah and as usual, ego wins. Aku sedar la sekarang, dan menyesal. Aku dulu takde kawan. Kawan aku semua banyak cakap so dorang tak suka aku, aku pun tak suka dorang. Bukan la tak suka tapi tak ngam la.

Bila dah besar aku sedar semua ni. Aku dah besar. Hidup aku dah berubah 360 degree. Aku dah belajar kat tempat baru, duduk kat rumah baru, kawan-kawan baru. Aku jadi makin benci dengan semua orang. Most. Bila dorang lebihkan rupa dari hati. Lebihkan bicara dari isi. Saling berlawan siapa lagi hebat. And the worst part of it, I'm becoming one of them. hmm not anymore.

I've been facing so many plastic people. Kadang-kadang tu rasa unfair. Tapi aku pikir balik. Aku bersyukur sangat, Allah tak jadikan aku rapat dengan propylene asal dari debu tanah.

Housemates, kawan aku sekarang, kawan sekolah aku, and nikmat yang paling aku sanjung tak kisahla beribu kali tersalah bicara, beribu kali berperang lidah, family aku akan ada dengan aku. I shall cherish every moment as this will not last forever. nangis.

19 tahun, baru aku sedar. At least aku sedar. Betapa bertuahnya jasad aku.


October 3, 2014

3/10/2014


Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah atas semua perkara perkara baik yang saya terima. Alhamdulillah, kini saya lagi kuat. hehe

Seminggu sudah saya menyertai pasukan budak budak degree ambilan September 2014, part 1, Chemical engineering. Nak gempak je nama panjang berjela. haha. Em em, apa kata saya cerita serba serbi chemical engineering ni.

Chemical engineering ni ada 4 cabang. Pure, oil and gas, bioprocess, and process. Setakat ni, saya cuma bagi briefing jela, sebab baru part 1 en, nak gebang kencang gila haha. Tapi, even kau masuk lain cabang tapi under same course, kau masih boleh masuk cabang lain gak. Contoh kau ambil pure chemical engineering tapi kau boleh lagi masuk oil and gas. Almaklumlah, orang cakap gaji loaded. Lecturer cakap, apa kau belajar guna 30% je, dia nak kau ada basic calculation dengan idea nak buat projek je. Cabang ni setakat kau dapat belajar lebih deep jelah. Itu je.

Tapi ingatlah, rezeki di tangan Allah. InsyaAllah kalau niat baik, Allah tolong.

Experience pulak. Setakat ni, aku bersyukur sangat sebab kawan aku semua jaga hati sikit. Baik baik. InsyaAllah. Bagi aku ini adalah nikmat yang paling bermakna. Sebab aku pernah rasa erti takde kawan, erti kawan makan kawan, erti kawan pentingkan diri. Lepas tu aku jadi skeptikal dengan kawan. Tapi kawan aku sekarang ni membuka peluang untuk aku buka hati berkawan.

Kemudian, aku tak tahu la nak rasa apa. Tapi sebab fakulti aku sekali dengan budak engineering lain, jadi macam lelaki tu ramai la. Daripada pengalaman hidup aku selama beberapa bulan lepas dan sebelumnya, lelaki tu memang nampaklah ketidakadaan dia. Sampai kalau ada sorang hensem tu, semua serbu dia. Yeah, been there done that. Mungkin aku happy untuk fakta ini. Come on, ni namanya aku normal. hahahahaha. kbai.

Untuk sem 1 ni pulak, aku memang dapat kolej dan lokasi kolej aku sangatlah aku suka. Nangis terharu. Setiap kali aku ada gap, aku balik. Having my own sweet time kat dalam bilik, tak rimas pakai tudung berkepam kepala aku. Tapi, mungkin untuk sem ni je. So gonna enjoy this until the end. hehe. Jadual aku pun tak padat, macam kawan aku. Ni semua buat aku jadi bersyukur tau.

quiz, test, assignment, dan exam, aktiviti kerohanian, makanan roh aku. to be continued..

Terima kasih.