October 3, 2014

3/10/2014


Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah atas semua perkara perkara baik yang saya terima. Alhamdulillah, kini saya lagi kuat. hehe

Seminggu sudah saya menyertai pasukan budak budak degree ambilan September 2014, part 1, Chemical engineering. Nak gempak je nama panjang berjela. haha. Em em, apa kata saya cerita serba serbi chemical engineering ni.

Chemical engineering ni ada 4 cabang. Pure, oil and gas, bioprocess, and process. Setakat ni, saya cuma bagi briefing jela, sebab baru part 1 en, nak gebang kencang gila haha. Tapi, even kau masuk lain cabang tapi under same course, kau masih boleh masuk cabang lain gak. Contoh kau ambil pure chemical engineering tapi kau boleh lagi masuk oil and gas. Almaklumlah, orang cakap gaji loaded. Lecturer cakap, apa kau belajar guna 30% je, dia nak kau ada basic calculation dengan idea nak buat projek je. Cabang ni setakat kau dapat belajar lebih deep jelah. Itu je.

Tapi ingatlah, rezeki di tangan Allah. InsyaAllah kalau niat baik, Allah tolong.

Experience pulak. Setakat ni, aku bersyukur sangat sebab kawan aku semua jaga hati sikit. Baik baik. InsyaAllah. Bagi aku ini adalah nikmat yang paling bermakna. Sebab aku pernah rasa erti takde kawan, erti kawan makan kawan, erti kawan pentingkan diri. Lepas tu aku jadi skeptikal dengan kawan. Tapi kawan aku sekarang ni membuka peluang untuk aku buka hati berkawan.

Kemudian, aku tak tahu la nak rasa apa. Tapi sebab fakulti aku sekali dengan budak engineering lain, jadi macam lelaki tu ramai la. Daripada pengalaman hidup aku selama beberapa bulan lepas dan sebelumnya, lelaki tu memang nampaklah ketidakadaan dia. Sampai kalau ada sorang hensem tu, semua serbu dia. Yeah, been there done that. Mungkin aku happy untuk fakta ini. Come on, ni namanya aku normal. hahahahaha. kbai.

Untuk sem 1 ni pulak, aku memang dapat kolej dan lokasi kolej aku sangatlah aku suka. Nangis terharu. Setiap kali aku ada gap, aku balik. Having my own sweet time kat dalam bilik, tak rimas pakai tudung berkepam kepala aku. Tapi, mungkin untuk sem ni je. So gonna enjoy this until the end. hehe. Jadual aku pun tak padat, macam kawan aku. Ni semua buat aku jadi bersyukur tau.

quiz, test, assignment, dan exam, aktiviti kerohanian, makanan roh aku. to be continued..

Terima kasih.

No comments: