December 21, 2012

20.12.2012


Assalamualaikum,

Okay, something happen. So blog update time!

Tarikh keramat 20.12.2012, tarikh keramat untuk buat jamuan abk '95 ke Time Square. Pergi bertolak ke KTM Shah Alam pukul 9.15, yang sepatutnya pukul 9.00. Tak banyak beza pun, tapi sebab ada yang datang pukul 7.00 so everyone macam marah ana, sebab lambat. haih. Nasib badan. Then, tunggu plak guys tiga orang, iaitu Qayyum, Pele, and Adib. Last2 pukul 11.00 baru naik ktm. Puih! Yang tak datang ialah, ainaaffina, izzah and Jiha. :"(

 Dah naik monorel yang bapak dia jauh. Stop ke Imbi. Off to go to Cosmo World. Beli tiket untuk 21 orang beb! Semua keluarkan ic, warganegara dapat discount, and then Heroine dengan darling pergi bayar. Kemudian kami makan di Kenny Rogers Rooster. Makan jerlah apa yang ada. Behind the scene pembayaran tu, sebenarnya duit tak cukup. Lupa nak kira tax, haha. Sapa entah guys yang top up kan, then kami pun bayar balik kat dia.

Part yang paling best gila, main!! Mula2 Faiz suruh main DNA mixer tu, So naiklah. Amik mu, pusing2 kami. Titik hitam bagi Qayyum and Fadiey. Pening. Salahlah naik benda tu dulu. Then, naik yang pusing2 tu. Extreme. Then naik benda yang tinggi gila tu, part Pele paling tak tahan. Masa ni, Qayyum dah tak boleh dah. Then, one and only, benda alah kapak, pusing 360 darjah tu. Pergh yang tu memang terbaik!! Suka gila ana. Guys dengan ana dengan Heroine je naik. Then, naik Roller Coster, duduk barisan depan sekali dengan Aina'a. Faiz dengan Raziq cakap kitorang amik tempat diorang. Well, first come, first serve. Memang seriously ana suka duduk depan. Kemudian, masuk rumah hantu. Lagi sekali, guys dengan heroine, and me je masuk. RM 9 puff. Bosan. Tapi ada, satu part tu memang best. Masa tu Adib dengan Faiz main2 kat dalam tu, tetiba shoo, ada benda putih terbang. Faiz mengelabah menjerit terkejut sampai terlompat, tak silap. Lawak gila time tu. Sebab dia duduk betul2 kat tempat benda tu terbang. Yang lain, superb bosan.






Then, sampailah waktunya. Then, adalah sebab2 tertentu, ana, Laici, Insyi and aliya lambat. Heroine kesian, tunggu kami. Haha. Lepas tu part naik monorel. Pergh! padat and mampat. Macam tin sardin. Seriously, sampai pak cik jaga tu, tolak2 suruh muatkan. Haih. Then, monorel kedua, semua masuk. Then tetiba terlihat aina'a sorang2 kat luar, tak muat. Ana pun keluarlah. Kesian dia sorang2. Tunggu monorel seterusnya. Still, macam sardin. So terpaksa jadi sardin cap ayam jap. the next station, terus sikit orang. Tetiba, nampak Adib kat sebelah kiri monorel tu, dia pun tertinggal kut. Then, bila sampai, nampaklah semua orang tengah tunggu kitorang. Jyeah!

.kami yang tertinggal.

Then, balik ke ktm. Amilia and Fadiey dah balik lama dah. Dorang duduk kat Serdang. Then, Raziq dah turun kat stesen sebelum Shah Alam, then Syida kat Batu Tiga. Bila dah sampai kat stesen kitorang, sorang2 balik. Tinggal nadiah, Insyi, ana and Faiz. Then, ana dengan nadiah balik. Tinggal Insyi dengan Faiz. Baguslah dua2 duduk Puchong. Kesian tengok dorang. Tak tahu balik kul berapa.

Tapi, memang banyak first time scene hari tu. Banyak gila. Happy most of it. Thanks korang for making my day.
Thank you budak abk '95!!!