April 30, 2014

3 minggu kemudian


Assalamualaikum,

Jadi sekarang saya secara sahnya dah berada di rumah 3 minggu dah duduk kat rumah. Yeay me! You've been a very good girl. NOT!! Cuba tengok sikit apa kejayaan yang telah anda lakukan.

Oh yeah, saya dah berjaya buat berapa utas gelang (utas ke?), dan kemungkinan dapat beberapa hengget. Saya masih belajar buat gelang ni. Tengah cuba nak buat design lain. mehehe. Saya tak bagitahu orang saya buat. Biar nanti saya pro betul-betul and tak rasa merendah diri dengan kekurangan kat gelang saya. Cun? Biar ni rahsia kita je na~

Masalah 3 minggu ni pulak, pelan saya untuk cuti ni tak jadi pulak. Takde semangat. Iaitu lesen. Keluarga saya ni (my dad lah) jenis tak bagi kitorang naik kereta tanpa pengawasan dia dan dia cuma ada sabtu ahad je yang act macam takde sebab dia kena hantar najla tuisyen, pergi rumah nenek etc. Kesimpulannya, saya cuma boleh naik kereta bila mana? bila saya dah ada kereta sendiri sama dengan 5 tahun lagi. Takpelah. When the time comes. I'll ride it until the world end. Sekarang benda tu tak bermakna sangat sebab saya cuma nak keluar dengan keluarga saya je :'( That feeling when you have full house. Rasa rumah besar pun tak cukup. Ni kosong sangat. Sedih weh. Apa la yang umi abuya rasa en...jadi nanti dah kahwin nanti saya nak ramai anak. InsyaAllah.

Selain tu, saya pikir nak macam beribadah camtu lah. I mean, I have all the time. Haram. Takde pape. Kosong. Sebelum ni konon sibuk belajar, jet jet dapat lah 4 flat cenggitu. Sembang. 4 flat tak dapat, pahala ibadah pun kosong. Okey okey. Masih ada masa. Saya akan lakukan yang terbaik. Lagipun rejab dah datang dah ni. Mari lakukan yang terbaik okey semua.

Selain tu, saya tidur makan tidur macam biasa la. Bangun pukul 12-1 tengah hari. Subuh bukan subuh dinosaur kay. Subuh jemaah lagi. Tu pun sebab umi kejut, kalau tak mimpi lah. Makan tu entah, sebab makanan kat rumah selalu habis. Yelah, ada pemakan di rumah ehehe. Cuba teka siapa. Nampak tak bosan.

Lagi satu saya nak masak pastri semua. Semua suruh buat tu buat ni tapi bukannya beli barangnya pun. Jadi saya dah beli barangnya sendiri. Minta duit kat abuya. Tengoklah nanti saya nak buat apa. Saya tak share gambar mungkin sebab macam entah, privasi. Biarlah orang nampak macam saya ni tak buat kerja, mengganggur sepanjang masa. Kalau saya share kan saya rasa macam orang stalk saya hmmm. Tapi saya suka tengok orang lain punya la. Macam inspiring geghehehe. Semoga makanan tu keluar seperti yang diharapkan haha.

Jadi itu je.
wasalam
xoxo

No comments: